Satu serangan didakwa agen kimia di Douma, Syria yang dikawal pemberontak mencetuskan kemarahan antarabangsa dengan Washington memberi amaran tindak balas ketenteraan sementara Damsyik dan Moscow mengatakan laporan itu satu pembohongan.
White Helmets Syria, yang pertama bertindak di kawasan dikawal pemberontak di Syria berkata, serangan pada lewat Sabtu lalu menggunakan 'gas klorin beracun.'
"Lebih 500 kes, majoritinya wanita dan kanak-kanak dibawa ke pusat perubatan tempatan dengan gejala menunjukkan pendedahan kepada agen kimia," menurut kenyataan bersama dikeluarkan Persatuan Perubatan Amerika Syria (SAMS) dan White Helmets.
Katanya, pesakit menunjukkan tanda 'sukar bernafas, sianosis pusat, buih mulut berlebihan, lecuhan kornea dan pelepasan bau seperti klorin.'
"Anggota medik mengesan bradikardia (kadar denyutan jantung perlahan), berdehit (nafas berbunyi) dan bunyi kasar bronkus (paru-paru)," katanya.
Kenyataan berkata, sukarelawan pertahanan awam menemui 42 mangsa yang maut di rumah dengan 'gejala klinikal sama seperti buih mulut berlebihan, sianosis dan lecur kornea' manakala enam lagi maut ketika menerima rawatan.
Rakaman dihantar dalam talian oleh White Helmets, yang tidak dapat disahkan, menunjukkan kulit mangsa bertukar kekuningan terbaring dengan mulut berbuih.
Douma adalah bandar terakhir dikawal pemberontak di Timur Ghouta, satu ketika dulu kubu utama di luar Damsyik namun kini musnah akibat serangan tujuh minggu tentera rejim dan sekutunya Russia.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, rejim menjalankan gelombang serangan udara di Douma pada Jumaat dan Sabtu yang mengorbankan hampir 100 orang termasuk ramai mengalami kesukaran bernafas.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran, 'harga yang mahal perlu dibayar' atas serangan itu.
"Ramai maut termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan KIMIA tidak wajar di Syria. Presiden (Vladmir) Putin dan Iran bertanggungjawab kerana menyokong Assad Binatang. Harga yang mahal untuk dibayar," tulis Trump di Twitter.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, beliau 'amat bimbang' dengan serangan itu, menambah jika disahkan, penggunaan senjata kimia 'amat dibenci.'
Britain menggesa siasatan terhadap apa yang digelar laporan 'amat mengganggu' dan Turki yang menyokong pemberontak menentang Assad berkata, ia 'kuat mengesyaki' Presiden Syria Bashar al-Assad patut dipersalahkan.
Perancis berulang kali berkata, bukti penggunaan senjata kimia di Syria mungkin mencetuskan tindakan ketenteraan dan berkata semalam, ia akan melakukan tugasnya susulan dakwaan terbaharu selain menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB.
Serangan kimia menggunakan agen saraf sarin di wilayah terkepung Timur Ghouta pada Ogos 2013 mengorbankan 1,429 orang termasuk kanak-kanak, kata AS.
Sarin juga dikesan dalam serangan April 2017 di bandar barat laut Khan Sheikhun yang membunuh lebih 80 orang. Agen itu dilepaskan selepas serangan udara.
Helikopter yang menggugurkan bom diisi klorin semakin kerap digunakan rejim ketika konflik berlanjutan, menurut laporan Human Rights Watch tahun lalu. - AFP