KUCHING: Polis Sarawak menahan dua lelaki secara berasingan selepas mereka memecah masuk sebuah kuarters pekerja lalu merogol seorang wanita di Kenyalang Park, Kuching.
Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai memberitahu, suspek pertama yang berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Manggris pada hari sama.
Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai memberitahu, suspek pertama yang berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Manggris pada hari sama.
Menurutnya, penahanan suspek pertama itu ekoran penemuan dokumen pengenalan diri suspek di lokasi kejadian.
"Susulan penangkapan suspek pertama, polis kemudian berjaya menahan rakannya di sebuah rumah di Lorong Stapok 20 dekat sini kira-kira pukul 3.50 petang semalam.
"Kedua-dua suspek kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.
Soon Kuai memberitahu, dalam kejadian pada jam 1.30 petang Rabu lalu, kedua-dua suspek dipercayai memecah masuk kuarters pekerja terbabit dengan tujuan merompak.
Berita Rogol |
"Tidak lama kemudian, teman serumah mangsa tiba-tiba datang dan terserempak dengan suspek yang sedang melakukan jenayah terbabit, lalu berlaku pergelutan.
"Semasa kedua-duanya cuba melarikan diri, dokumen peribadi salah seorang daripada suspek ini telah tercicir dan berjaya diperoleh mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.