Polis buru 6 lelaki rompak restoran

KUALA LUMPUR 7 Mei � Polis sedang memburu enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah restoran di Taman Melawati, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, kesemua suspek yang bertopi keledar memasuki premis ber�kenaan dengan mengacukan parang dan mengarahkan kesemua pelanggan dan pekerja menye�rahkan barangan berharga.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, salah seorang daripada suspek juga telah bertindak mengambil wang tunai daripada kaunter juruwang sebelum me�larikan diri menaiki motosikal.

�Ketika kejadian seramai lapan orang berada dalam premis itu melibatkan tiga lelaki dan lima wanita sebelum mereka diserbu oleh suspek yang mana salah seorang daripadanya bersenjatakan parang berukuran 0.4 meter.

�Buat masa ini kita anggarkan jumlah kerugian dialami mang�sa RM29,745. Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi me�ngenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini,� katanya di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan �si�a�s�atan awal kesemua suspek menggunakan topi keledar bercermin gelap bagi mengelakkan identiti mereka dicam.

Jelasnya, kes itu disiasat me�ngikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dan bersenjata.

Video berhubung kejadian ber�kenaan tular di media sosial yang menyaksikan kesemua suspek bertopi keledar itu memasuki premis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Rakaman CCTV berdurasi 1 minit 3 saat itu menyaksikan suspek bertindak mengambil beg tangan dan barangan berharga pelanggan termasuk wang tunai dari mesin juruwang sebelum melarikan diri. - Utusan
close
==[x] close the page ==