Dilema Wanita Apabila Bapa Mertua Kerap Menceroboh Bilik Tidurnya Walaupun Ketika Selepas Mandi, Apa Yang Harus Dilakukan Jika Anda Berdepan Situasi Ini?

Kehidupan rumah tangga bersama ibu bapa atau mertua bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi oleh setiap pasangan suami isteri sekiranya keadaan ini terjadi dalam keadaan terpaksa.

Bagi seseorang menantu itu, tinggal di rumah mertua menjadi lebih sukar apabila tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baharu di rumah itu, malah terkadang terpaksa mengikut apa saja bentuk keadaan di dalam rumah bersama acuan yang sedia ada walaupun menantu itu tidak suka sama sekali, seolah-olah terpaksa berpura-pura demi menjaga hati dan keharmonian.

Apabila tinggal bersama mertua, menantu perempuan selalunya harus tahu untuk menjaga tatasusila, adab, batas serta aurat ketika berhadapan dengan adik-beradik atau ibu bapa mertua ketika berada di dalam rumah.

Gambar sekadar hiasan.

Hanya di bilik tidur sahaja satu-satunya privasi yang ada ketika tinggal di rumah mertua bagi seseorang menantu itu. Kebebasan melakukan apa saja serta berpakaian apa saja hanya boleh dilakukan di bilik tidur.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan perkongsian seorang wanita ini yang tidak ingin dikenali melalui ruangan Facebook Kisah Rumah Tangga., mendakwa dia sangat tertekan dengan sikap bapa mertuanya yang begitu gemar mencerobohi privasinya di bilik tidur apabila masuk tanpa memberikan sebarang notis seperti dengan mengetuk pintu terlebih dahulu.

Saya telah berkahwin hampir 3 tahun. Buat masa sekarang saya masih tinggal di rumah mertua saya. Saya mempunyai masalah apabila ayah mertua saya boleh dikatakan suka masuk ke  bilik saya tanpa mengetuk terlebih dahulu. Bilik tidur itu masih lagi belum siap sepenuhnya dan pintu bilik pun masih lagi belum dipasang.

Kesibukan suami saya menyebabkan pintu bilik belum lagi sempat dibeli dan saya hanya memasang langsir bagi menutup ruang pintu berkenaan. Apa yang saya tidak suka adalah mertua begitu suka menyelak langsir tanpa memberikan salam terlebih dahulu, jelas wanita ini.

Dia menceritakan, apabila seringkali langsir itu diselak, alasan yang diberikan bapa mertuanya ialah untuk mengambil anaknya yang berada bersamanya di dalam bilik.

Walaupun dia tahu saya baru sahaja lepas mandi, dia masih juga tetap menyelak langsir hanya kerana sebab untuk mengambil anak saya. Keadaan ini telah berlaku banyak kali dan berulang-ulang. Boleh dikatakan setiap pagi dia akan masuk ke dalam bilik hanya dengan alasan untuk mengambil cucunya, katanya.

Kerana sebab inilah, dia telah menyampaikan keinginannya itu untuk hidup bersama suaminya di rumah lain dan cuba untuk tidak tinggal bersama keluarga suaminya itu. Walau bagaimanapun, niatnya yang baik itu telah ditentang hebat oleh ibu mertuanya yang dipercayai mempunyai berbagai penyakit.

Sekiranya saya keluar dari rumah mertua, tiada sesiapa yang akan menjaganya dan sekarang saya sedang mengandung anak kedua dengan kandungan yang berusia 8 bulan serta saya mengalami alahan yang sangat teruk.

Setiap hari waktu tengah hari, saya biasanya akan duduk di dalam bilik sebab keadaan diri saya yang cepat pitam kerana alahan. Bapa mertua pula suka menyelak langsir hanya kerana ingin tahu apa yang saya buat ketika berada di dalam bilik. Saya merasa malu apabila orang lain melihat saya sedang berkemban, ujar wanita itu lagi.

Dia juga berkata, sering mengajak suaminya berbincang akan hal ini, walau bagaimanapun, hasil perbincangannya itu serta jawapan dari suaminya agak tidak memuaskan hatinya yang menyebabkan dia kecewa.

Saya selalu bertanyakan hal ini pada suami, mengapa ayahnya selalu berbuat begitu, suami hanya mampu membalas soalan saya yang ayahnya menganggap saya seperti anaknya sendiri. Tetapi saya memberitahu bahawa saya tidak suka akan tindakan ayahnya itu dan kami sering bergaduh berkaitan dengan masalah yang sama ini.

Akibat tertekan dan penat dengan masalah dan karenah mertua, wanita ini akhirnya telah nekad untuk meninggalkan rumah mertuanya demi untuk memulakan hidup barunya iaitu di rumah sendiri apabila selepas melahirkan anak keduanya itu, selepas pantang.

Bagaimanapun, dia tetap risau denga ibu dan bapa mertuanya yang akan terus menerus membantah setiap kali dia menyatakan hasratnya untuk tinggal di rumah berasingan. Malahan, ibu mertuanya sering masuk campur dalam hal rumah tangganya. Saya sungguh penat sehinggakan setiap hari saya menangis. Apakah yang patut saya lakukan?, tanya wanita ini kerana sehinggakan sekarang dia buntu untuk menyelesaikan masalah yang menghantuinya.

Sementara itu, melalui Sinar Online melaporkan satu kenyataan yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor, syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu suami, ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa dan juga bapa mertua.

Kewajipan untuk menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah sangat penting dan wajib dilaksanakan oleh setiap wanita, untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti kejadian cabul, rogol dan sebagainya.

Perkara seperti ini berlaku adalah disebabkan memuncaknya nafsu seseorang lelaki itu akibat dari penglihatannya terhadap wanita yang telah memakai pakaian yang tidak sepatutnya atau tidak senonoh serta mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka itu.

Bagi wanita yang telah pun bersuami pula, dengan adanya perlaksanaan kewajipan seperti ini, pasti akan dapat membantu para suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat untuk dilihat oleh orang lain akan ditanggung oleh suaminya sendiri.

Sehubungan dengan itu, para wanita haruslah dan wajib memahami batas-batas dan adab auratnya ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza mengikut hukum agama yang telah dinyatakan. - Koleksi Viral

close
==[x] close the page ==