Bapa Curi-Curi Rakam Video Aksi Anak Gadisnya Berusia 21 Tahun Ketika Sedang Mandi

gambar hiasan
Bapa Curi-Curi Rakam Video Aksi Anak Gadisnya Berusia 21 Tahun Ketika Sedang Mandi

Dunia sekarang bagi anak perempuan semakin mencabar dan menakutkan apabila berbagai kes yang membabitkan haruan makan anak semakin menjadi-jadi, malah kes sebegini sering dipaparkan di media sosial dan juga televisyen.

Terbaru, satu kes yang melibatkan seorang bapa didapati bersalah dan dihukum penjara selama 4 bulan di atas kesalahannya kerana merakam aksi anak perempuannya sendiri ketika sedang mandi di dalam bilik air rumahnya pada Julai tahun lalu.

Memetik laporan dari laman Coconuts, lelaki berkenaan seorang warganegara Malaysia yang berusia 48 tahun dan telah mengakui perbuatannya itu terhadap anak gadisnya yang berusia 21 tahun di Flat Toh Yie Drive, Singapura.

Menurut The Straits Times pula, suspek dipercayai mengikat telefon bimbitnya yang berwarna hitam pada sebatang paip yang diletakkan di bawah satu besen berdekatan dengan tandas di rumahnya itu. Malangnya, taktik lelaki tersebut akhirnya terbongkar selepas anak gadisnya itu telah menemui telefon berkenaan. Ayah apa ni? Padan muka, kantoi!
Gambar hiasan

Gadis tersebut kemudiannya mencabut telefon berkenaan dan mendapati telefon tersebut dalam keadaan mod rakaman iaitu sedang merakamkan aksinya. Akibat berang dengan kejadian itu, gadis terbabit memberhentikan rakaman tersebut serta merta dan turut memainkan semula video yang terdapat dalam telefon tersebut.

Gadis tersebut menjumpai rakaman aksi dirinya dan lebih mengejutkan dia turut menjumpai satu video yang menunjukkan wajah ayahnya yang sedang memperbetulkan telefon berkamera berkenaan.

Disebabkan terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan ayahnya itu, gadis tersebut akhirnya berdepan dengan suspek serta suspek turut mengakui perbuatannya itu. Kerana marah dengan tindakan biadap ayahnya, gadis terbabit akhirnya memadamkan semua video tersebut sebelum memberikan semula kepada ayahnya. Kesiannya, ayah sendiri kot!

Difahamkan, selepas kejadian tersebut, mangsa dikatakan telah berpindah keluar dari rumah yang didiami bapanya dan tinggal bersama dengan rakan sekerjanya.

Hasil siasatan pihak polis, suspek turut membuat pendedahan bahawa dia mempunyai rakaman video aksi milik anaknya itu lebih dari 20 video di dalam telefonnya, namun, telefon tersebut dikatakan hilang sehingga kini. Hilang katanya, tapi mengaku lebih baik.



gambar hiasan
Suspek turut memaklumkan bahawa semua rakaman video aksi anaknya itu hanyalah untuk tontonan peribadinya sahaja. Gilo, dengan anak sendiri kot!

Walau bagaimanapun, pada tarikh 25 April lalu, suspek dikatakan telah ditahan polis kerana cubaan untuk membunuh diri di Blok 840 Jurong West Street 81. Ketika kejadian itu berlaku suspek dipercayai telah mengugut anak perempuannya dan menurut sumber suspek pada ketika itu sedang mengalami depresi yang agak teruk.
close
==[x] close the page ==