Saya diseksa supaya mengaku sebagai pengganas

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Syria, Mazen Al-Hummada mengulang kembali detik hitam di dalam hidup beliau saat dipenjara dan diseksa selama 15 bulan oleh rejim kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Assad.

Beliau ditangkap kerana menentang rejim al-Assad mendakwa perkara tersebut terpaksa dilalui oleh semua rakyat Syria yang enggan mengaku sebagai pengganas.

�Mula-mula mereka baringkan saya di atas lantai dan kemudian terbalikkan saya dan mula memukul, kemudian ada empat orang berbadan besar berdiri dan memijak badan.

�Apabila saya tidak mahu mengaku, mereka mula menggantung saya setinggi 40 sentimeter melalui kedua-dua belah pergelangan tangan membuatkan tangan saya terlalu sakit.

�Ditambah lagi dengan beban berat badan semuanya terletak di tangan membuatkan rasa seperti nak tercabut. Jika saya jerit, kasut akan disumbat ke dalam mulut untuk menyuruh saya diam,� katanya kepada Awani.

Tambahnya, tidak hanya terhad kepada serangan fizikal, penggunaan alat seksaan seperi besi panas dan rokok turut digunakan.

�Apabila saya berkeras tidak mahu mengaku, mereka menggunakan besi panas dan rokok dan dicucuh ke seluruh kaki saya hingga berparut.

�Selain itu, mereka turut menggunakan pengepit besi dan meletakkannya di kemaluan saya dan mengetatkannya. Selepas itu, besi pula di dimasukkan ke dalam pinggul saya,� katanya lagi yang tidak dapat menahan sebak.

Lebih menyedihkan apabila  kanak-kanak turut diperlakukan serupa oleh rejim tersebut demi mendapatkan akuan untuk dihantar kepada PBB.

Setelah terlepas dari azab seksaan tersebut, Mazen datang ke Malaysia dengan tekad untuk mendedahkan kekejaman al-Assad kepada seluruh dunia. - SH
close
==[x] close the page ==