MARAN: Orang ramai yang cuba membantu dua mangsa kemalangan di Kilometer 149.7, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), dekat sini, panik apabila kenderaan pacuan empat roda mereka naiki didapati membawa muatan bahan letupan kuari.
Bagaimanapun, anggota bomba dari Balai Bomba Maran yang tiba untuk menyelamatkan mangsa kemalangan mengesahkan bahan letupan berkenaan tidak aktif dan jalan berkenaan dibersihkan.
Dalam kemalangan itu, dua lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan melanggar tebing lebuh raya.
Mohamad Azmi Jamil, 35, dari Banting, Selangor dan rakannya K Gunsselan, 34, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi.
Ketua Polis daerah Maran, Superintendan Norzamrie Abdul Rahman berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuantan selepas mengambil bahan letupan dari sebuah syarikat di Petaling Jaya, Selangor.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, Mohamad Azmi yang memandu kenderaan itu dipercayai mengantuk hingga menyebabkannya hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas ke tebing jalan dan berpusing beberapa kali.
"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar dan pasukan perubatan yang tiba di lokasi tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Nozamrie berkata, pihaknya masih menjalankan sisatan lanjut berhubung kejadian itu mengikuti Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.