kemalangan motosikal Lori rempuh kereta, motosikal atas jambatan


sumber www.bharian.com



ALOR SETAR: Seorang penunggang dan pembonceng motosikal bernasib baik selepas terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jambatan Teluk Wanjah menuju ke persimpangan lampu isyarat Tambang Badak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.48 pagi itu, penunggang motosikal, Mutahir Azlan Mansor, 43, bersama rakannya, berada di lorong kanan sebelum tiba-tiba tayar motosikalnya pancit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner, Mohd Rozi Jidin, berkata mangsa cuba mengawal motosikalnya daripada terjatuh sebelum sebuah kereta Perodua Myvi dipandu Phuah Chooi Ching, 58, yang menyedari kejadian itu memperlahankan kenderaan dan kecemasan bagi mengelak merempuh motosikal itu.
berita Rogol
Berita Rogol
Bagaimanapun, katanya, sebuah lori yang berada di lorong sama tidak sempat mengelak dan terus melanggar tepi kereta itu menyebabkan ia terpesong ke sebelah kiri sebelum lori itu melanggar pula motosikal.

"Kereta yang terbabas itu masuk semula ke lorong kanan menyebabkan ia dilanggar kali kedua oleh lori itu.

"Bagaimanapun dalam kejadian itu pemandu kereta terbabit hanya sakit pada kaki kiri, pemandu lori tidak cedera sementara penunggang motosikal luka di tangan dan kaki," katanya.

Mohd Rozi berkata, identiti pembonceng motosikal pula masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui punca kejadian sebenar.

"Penunggang motosikal terbabit kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Malah video berdurasi 0.59 saat yang menunjukkan bagaimana kemalangan itu berlaku turut tular di media sosial hari ini.
close
==[x] close the page ==