Gempar pemandu diserang sakit jantung ketika memandu

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa dari kereta Toyota Avanza yang merempuh kenderaan lain setelah diserang masalah jantung di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu. - Foto Erika George
BINTULU: Pengguna lalu lintas di Jalan Tanjung Kidurong, di sini gempar selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza merempuh beberapa kenderaan lain sejurus pemandunya mengalami serangan jantung kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit, berkata pemandu kenderaan itu, Zaini Omar, 45, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Bintulu..

"Bagaimanapun, tiga individu yang menaiki kenderaan dirempuh dari belakang oleh kenderaan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa dari kereta Toyota Avanza yang merempuh kenderaan lain setelah diserang masalah jantung di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu. - Foto Erika George

"Dua jentera bomba, termasuk sebuah unit EMRS bersama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat awam bagi mengeluarkan mangsa.

"Hasil pemeriksaan asal tidak menolak kemungkinan mangsa mengamali serangan jantung ketika memandu menyebabkan kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan lain," katanya.

Bagaimanapun, katanya, punca sebenar kematian mangsa hanya akan dapat diketahui melalui proses bedah siasat.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Kidurong sebelum kenderaannya merempuh kenderaan lain dari arah sama.
close
==[x] close the page ==