KAJANG:
Rahsia seorang remaja perempuan yang dirogol bergilir-gilir oleh empat
lelaki dikenali ketika melepak bersama terbongkar selepas ibu mangsa
terbaca pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp di telefon bimbit
anaknya.
Ketua
Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff
berkata, polis menerima laporan ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kajang pada jam 3.29 petang, Rabu lalu.
"Berdasarkan
laporan itu, mangsa berusia 20 tahun memaklumkan dirogol bergilir-gilir
oleh empat lelaki dikenalinya di Bandar Seri Putra, di sini, 8 Mac
lalu.
"Hasil
siasatan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, kami menahan empat
suspek, Rabu lalu kira-kira jam 9 malam di sebuah pangsapuri di sekitar
Bangi bagi membantu siasatan.
"Tiga daripada suspek adalah rakan sekolah mangsa," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Ahmad
Dzaffir berkata, mangsa dipercayai dirogol bergilir-gilir oleh
keempat-empat suspek pada 8 Mac lalu kira-kira jam 10 malam di sebuah
pangsapuri di Bandar Saujana Putra, di sini, ketika mangsa lepak bersama
mereka.
"Kejadian
berlaku seminggu lalu, namun hanya disedari ibu mangsa selepas terbaca
pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp dalam telefon bimbit remaja
perempuan terbabit.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa,"katanya.
Katanya,
empat suspek yang berusia lingkungan 14 hingga 21 tahun itu direman
selama enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 375 (b) Kanun
Keseksaan.