Tidak Dijangka Seorang Penganggur didakwa rogol anak tiri


Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol anak tirinya yang berusia 16 tahun di Port Dickson pada Januari hingga Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 40 tahun, mengaku tidak bersalah bagi lima pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia bawah 16 tahun tanpa kerelaannya di sebuah rumah di Port Dickson antara 2 Januari sehingga 27 Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurhafiza Harun, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nurhafiza memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Junaidah kemudian tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 7 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan laporan perubatan dan asid deoksiribonukleik (DNA).
close
==[x] close the page ==