penangkapan polis 19 ahli Geng 08 diberkas, 22 diburu

Polis Kuala Lumpur sedang memburu 22 lelaki disyaki ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08 yang aktif terbabit jenayah terancang di sekitar ibu negara sejak tiga tahun lalu.

Kesemua mereka berusia antara 21 hingga 55 tahun, termasuk pasangan bapa dengan anak dan adik-beradik, dipercayai menghilangkan diri selepas polis menahan 19 ahli geng sama dalam Operasi Capital Kuala Lumpur (Op Capital KL) 2018 dari 28 hingga 30 Mac lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata kesemua 19 ahli berusia antara 18 hingga 38 tahun diberkas dalam operasi membabitkan 45 pegawai dan 119 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sekitar Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pahang.

"Mereka dikesan aktif dalam aktiviti jenayah terancang seperti bunuh, samun, pemerasan, ugutan, kekerasan dan dipercayai turut memiliki senjata api.

"Justeru, operasi ini dibuat berdasarkan maklumat perisikan yang kita peroleh bagi memastikan orang ramai, khususnya masyarakat sekitar Kuala Lumpur, sentiasa berada dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media di sini, pagi tadi.

Mazlan berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia serta Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi menyekat sebarang cubaan suspek diburu untuk keluar dari negara ini.

KETUA Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (kanan), menunjukkan fotofit suspek ketika sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah dalam Ops Capitol (kongsi gelap) di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

"Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang ada maklumat berhubung identiti suspek terbabit untuk segera memaklumkan kepada pihak polis.

"Kami juga ingin menasihati masyarakat, khususnya golongan remaja, supaya tidak terbabit atau membantu mana-mana kumpulan jenayah terancang dan gengsterisme kerana menyalahi undang-undang negara ini," katanya.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan atas kesalahan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang dan Seksyen 130W kanun sama kerana membantu kumpulan jenayah terancang.

Kesemua mereka yang ditahan akan direman selama 28 hari mengikut peruntukan undang-undang bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sebarang maklumat berhubung kumpulan jenayah terancang boleh disalurkan kepada Asisten Superintendan Idil Fitri Tambi dari Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Kuala Lumpur melalui talian 03-21460649.

Senarai 22 suspek diburu polis:

    Nilla Ganden Raja Sekaran @ Puteri Bob (740425-10-5013)

    Suresh Marimuthu @ Mark Suresh (791019-10-5667)

    Mathan Sinniah @ Ampang Mathan (801008-14-5651)

    Saravanan Vijayaratnam @ Sara Boy @ Sara Cina (771105-14-5827)

    Rahm Kumar Munian @ Datuk Rajini (780708-10-5781)

    Darvind Thirunavukarasu @ Darvind (951217-14-5221)

    Arvind Selvam (950214-14-6531)

    Richard Krishnansamy (940323-14-5977)

    K Vilosamy @ Veloo Besi (630318-7155)

    Rames Sinnaya @ Rames (860201-56-5447)

    Prem Kumar (900321-14-5117)

    Nantha Kumar Letchumanan @ Nantha (940205-14-5781)

    Mathen (890111-14-5841)

    Sangkar Subramaniam @ Serdang Sangkar (790125-14-6003)

    Kumaran Ganason @ Kumar (940613-14-6589)

    Tinesh Manoharan @ Kecik (951007-14-6859)

    Pravin Vilosamy (anak Veloo Besi) (950517-14-8219)

    Arvendran Manimurasu @ Arwn (950722-14-5471)

    Sakti Vel Nagayah (970103-14-5059)

    Kartigesu Pillai Jaya Gope @ Sumbi (951014-14-6697)

    Abdullah @ Sugu (930424-02-6177)

    Chandra Sekaran (861128-56-6033)






close
==[x] close the page ==