Kejam!! Wanita Maut Dirogol, Dirodok Kemaluan Dengan Jek Kereta Hingga Terkoyak


Tragis!! Seorang ibu muda dua anak dirogol dan dibunuh dengan kejam selepas pulang menghadiri majlis pengebumian rakannya. Tiada siapa menyangka ia jadi hari terakhir wanita berusia 31 tahun itu bernafas di muka bumi.

Dia jadi mangsa nafsu serakah seorang remaja lelaki yang baru berusia 20 tahun.

Menurut sumber berkata, dalam kejadian di selatan samarinda itu, Ania  31, dipelawa menaiki kereta oleh Danil. Tanpa sangsi dan curiga dia menuruti ajakan remaja itu.

Ternyata keputusannya itu silap. Ania diserang dan diperkosa. Tidak cukup kejam lagi, jek kereta pula disumbat ke dalam kemaluannya hingga ke perut sebelum dikembangkan.
Ania dibiarkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam kereta sebelum ditemui orang ramai yang kemudian menghubungi pasukan perubatan. Ania kehilangan lebih tiga liter darah.

“Bicu itu ditemui berlumuran darah di bahagian tempat duduk belakang.

“Kelangkangnya koyak. Dia ditinggalkan untuk mati di dalam kereta. Doktor melakukan pembedahan sepanjang malam bagi menyelamatkan nyawanya dan dua kali berjaya menyedarkannya sebelum dia pergi buat selamanya” 

Mendiang dikatakan meninggalkan seorang anak perempuan berusia 3 tahun dan seorang anak lelaki berumur 1 tahun. Dia ditahan pihak polis tidak lama selepas kejadian. Ketika disoal siasat dia mengaku melakukan perbuatan kejam itu.
close
==[x] close the page ==